Kerjaya Carole Baskin

Pada usia 17 tahun, Lewis bekerja di sebuah pusat beli-belah di Tampa. Untuk mendapatkan wang, membela kucing jalanan;[7] beliau juga mula menyelamatkan bobcat, dan menggunakan llama untuk bisnis perapian rumput.[5][7] Pada Januari 1981, beliau berkahwin dengan suami kedua, Don Lewis, dan terlibat dalam perniagaan hartanah suaminya.[5]

Pada tahun 1992, Carol dan suaminya Don menubuhkan Wildlife on Easy Street, sebuah pusat perlindungan haiwan berhampiran Tampa untuk kucing besar. Beliau menjadi ketua eksekutif, dan pusat itu kemudian dinamakan semula sebagai Big Cat Rescue, tidak lama setelah kehilangan Don Lewis pada tahun 1997.[8][9]

Kini, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan "The Cat Chat" siniar untuk mempromosikan pelbagai aktivitinya di taman haiwan peribadinya.[10] The New York Times dan The Hollywood Reporter menyebutnya sebagai aktivis hak haiwan.[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Carole Baskin http://www.imdb.com/name/nm11438697/ https://www.hollywoodreporter.com/live-feed/tiger-... https://nymag.com/intelligencer/2019/09/joe-exotic... https://www.nytimes.com/article/tiger-king-updates... https://people.com/tv/kim-kardashian-praises-netfl... https://www.radiotimes.com/news/on-demand/2020-03-... https://www.thedailybeast.com/joe-exotic-built-a-w... https://vengreso.com/blog/big-cat-rescue-carole-ba... https://www.youtube.com/watch?v=s1Gnw7SmYTQ https://web.archive.org/web/20200117123404/https:/...